UNTUK INSAN YANG INGIN BERUBAH

Asssalamualaikum wbt.. Sekadar untuk share 1artikel CERPAN (cerita panjang) oleh seorang teman yang insyaALLAH diharapkan ada manfaatnya untuk kita yang membacanya dan untuk si dia yang menulis.
Boleh sharing jika dirasakan ia relevan, kerana ia adalah salah satu hadiah yang diciplak sepenuhnya daripada QS, so ia adalah milik semua insyaALLAH :)

A: Assalamualaikum wbt
B: W'salam wbt
A : "AWAK.. saya nak berubah..awak tolong saya, boleh?"
B: "InsyaALLAH awak.. kalau boleh, boleh tak awak define-kan maksud nak berubah awak tu..sekadar nak tahu."
A: " Saya rasa hidup saya kosong sangat..sehinggalah suatu hari, bila hati saya dibuka untuk menerima panggilan Nya sesudah berpuluh-puluh tahun saya cuba untuk menutup pintu hati saya untuk menerimanya. Saya yakin ia terjadi sudah dirancang dan tertulis di Luth Mahfudz Nya, bukanlah suatu kebetulan kerana dalam hidup ini sudah pasti tiada suatu pun yang mampu terjadi dengan sendirinya. Untuk bernafas sebegini pun, kita perlukan ALLAH yang Maha Berkuasa untuk menjadikan ia possible"


B: "Subhanallah Maha Suci ALLAH yang Maha Menghidupkan dan Mematikan yang sudah pergi.. Hanya Dia yang Memiliki jiwa-jiwa kita ini, dan hanya melalui Kehendak dan Kekuasaan Nya, hidayah Nya mampu menceroboh masuk dan meresap ke dalam jiwa-jiwa kita yang hina ini. Namun, awak mesti ingat ALLAH sentiasa Menegaskan berulang-ulang kali menerusi Kalam Nya yang unggul, yakni Al-Quranul Kareem iaitu Dia takkan sesekali Mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubahnya terlebih dahulu. Betul apa yang awak nyatakan mengenai takdir yakni qada' dan qadar ALLAH itu tapi jangan sesekali kerana itu, kita tidak mampu untuk berubah kerana percaya kita sudah ditakdirkan untuk menjadi seorang yang tidak baik. Sudah semestinya sekiranya kita masih kurang baik pada detik dan ketika ini, ia sudah menjadi suatu tanggungjawab untuk kita semua mengubah diri kita ke arah jalan penambahbaikan."
"Alhamdulillah saya sangat gemar mendengarkan luahan hati seseorang sesudah ia faham, kerana ia sekaligus membuktikan kelogaman seseorang itu yang sentiasa akan begermelapan especially sesudah ia mengenali Hakikat kejadian Nya dan tujuan dia dihidupkan di muka bumi ini. Subhanallah. Mahukah kita mengikuti jejak langkah para sahabat dan sahabiyyah yang pada mulanya sebelum mengenal Islam, mereka merupakan logam yang sangat bernilai dalam masyarakat mereka,, sepertimana Umar yang mana kegarangan dan kebengisannya menjadi kekuatan musuh Islam sebelum ia memeluk Islam, namun begitu sesudah ia memeluk Islam, kelogamannya itu disalurkan menerusi cara yang lebih berhikmah tapi impaknya lebih hebat untuk pembangunan umat Islam ketika itu. Tidaklah perlu seseorang it uterus meninggalkan semua tingkahlakunya ketika jahil dahulu (yang tidak bertentangan dengan syarak) tapi boleh digilapkan menjadi permata berharga dalam pembangunan ummah, insyaALLAH. Sepertimana seorang akhwat ini, sebelum ini dia memang sangat hebat dalam berbicara, senang cerita, mulut murai juga lah, tapi sesudah ia mengenali erti Islam yang sebenar ia tidak terus berubah menjadi seorang pendiam tapi ia menggunakan anugerah ALLAH itu sebagai mediumnya untuk berhujjah dan berdakwah. Sungguh, kadangkala kita takkan menyangka sesuatu yang ada pada kita itu akan menjadi sesuatu yang bernilai di sisi ALLAH jika kita gunakan dengan cara yang betul demi mencapai mardhatillah Nya. Rasanya awak ni dianugerahkan kepintaran dalam computer programming kan?"


A: "A'ah, Alhamdulillah sejak kecil lagi saya berminat untuk belajar computer programming, tapi kenapa ya?"
B: "Awak..Itu anugerah ALLAH. Bukan semua orang diizikan Nya ada kelebihan itu, ada yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya tapi tanpa izinNya dia akhirnya menemui kegagalan. Kenapa awak tak gunakan kemahiran awak tu sebagai medium dakwah. Sebenarnya, bukanlah kehebatan penyampai dalam menyampaikan mesej-mesej Islam itu sahaja penting dalam menjayakan sesuatu program, walaupun tidak dinafikan ramai yang akan mudah tertarik jika cara penyampaiannya hebat dan lebih telus ke hati para pendengar. Tapi, jangan pula dilupa, untuk menjayakan suatu misi, sudah semestinya kita perlukan asas yang kuat untuk menjadi tulang belakang sesuatu organisasi supaya hasilnya lebih hebat dan berkesan. Kadangkala, jika kita ingin menyumbang kepada Islam, orang boleh claim kita tak buat apa-apa bila melihat secara luaran apa yang kita telah buat, tapi jika diselidik secara lebih mendalam, alangkah terkejutnya kamu jika kamu mengetahui betapa hebat kerja yang telah dilakukannya. Awak pandai programming, jomlah kita bersama-sama bergerak untuk sampaikan mesej Islam tu. Kadang-kala dalam kerja dakwah ni, masing-masing akan menjadi bidan terjun walaupun ia tidak mempunyai kelebihan dalam bidang tersebut. Jika seseorang itu walaupun ia tidak pandai memasak, tapi sesudah ia faham akan peranan masing-masing dalam gerak kerja dakwah ini, dia akan tetap akur apabila diberikan kerja di dapur walaupun mungkin pada ketika itu hatinya sedang bergelojak mahukan peranan lain yang lebih ia gemari. Sebab kadang-kala kami kekurangan orang, yang ,menjadi bidan terjun itu walaupun belum mahir dalam tugas yang dipertanggungjawabkan ia tetap melaksanakannya sebaik mungkin. Inilah proses untuk menambahbaikkan diri, dari tak tahu kepada serba tahu. So, rasanya kalau awak ni dah sedia hebat dalam bidang tertentu, volunteer lah diri untuk menolong Islam, supaya insyaALLAH hasil kerjanya lebih hebat sekaligus awak dapat tolong kami yang kurang berpengalaman dalam bidang tu. Selepas ini, mungkin awak akan ditugaskan untuk buat kerja-kerja lain pula yang awak tak mahir, bukanlah itu bermaksud kami sudah tidak memerlukan awak dalam melaksanakan tugas yang awak mahir itu, tapi sebaliknya untuk menjadikan awak seorang yang multi-task dan boleh polish kemahiran yang awak masih belum explore dalam diri awak."


A: "Subhanallah saya tak pernah terfikir sehingga sejauh itu. Betullah kadang-kala penonton hanya melihat from the surface tapi tidak masuk deep into it. Saya pernah juga ditugaskan untuk bekerja dalam bidang yang saya tak suka, tapi bila saya lihat orang lain bersungguh-sungguh melaksanakan tugas tersebut walaupun mereka pun tidaklah mahir dalam bidang tersebut, saya rasa malu dengan diri sendiri. Kita kadangkala terlalai dan terlupa bahawasanya setiap tugas yang kita dipertanggungjawabkan di dunia ini akan disoal kembali oleh ALLAH di akhirat kelak. Barulah saya faham. ALLAH Memilih kita untuk berdepan dengan segala macam kemungkinan dan dugaan tapi semuanya adalah dalam kemampuan kita lagi cuma kita yang mengatakan kita tak mampu untuk melakukannya. Mungkin juga ini peranan syaitan yang sentiasa mencucuk-cucuk kita, sentiasa menghasut kita mengatakan sesuatu itu bukanlah sepatutnya menjadi tanggungjawab kita. Hakikatnya jadilah kita seperti orang yang menyalahkan takdir sedangkan ALLAH lebih Mengetahui kehebatan dan kemampuan diri kita ini. Senang cakap ALLAH Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. Kita pula belum tahu kesudahannya tapi sudah mampu ASSUME yang kita tak mampu untuk melaksanakannya. WAAHHH bukankah itu kelihatannya seperti kita berlagak lebih hebat dari ALLAH? Nauzubillah.."
B: "Alhamdulillah banyak juga yang dapat saya belajar dari awak..Betul kata-kata awak tu, janganlah kita nanti hadir di depan ALLAH bilamana kita mengatakan kita sudah beriman, tapi dibalasNya pula dengan kata-kata sinis yang berbunyi sebaliknya, "KAMU BELUM BERIMAN TAPI KAMU TELAH ISLAM 49:14". Malunya kita sekiranya kita dipermalukan sedemikian oleh ALLAH kelak, menerima rekod-rekod perbuatan kita pun menerusi cara yang hina. Bukankah susah jika menerima sesuatu dari arah belakang? Bukankah sedih apabila melihat orang lain senang-senang sahaja dapat catatan perbuatan mereka itu dengan tangan kanan sedangkan kita menerimanya dengan tangan kiri? Lagi sedih jika ALLAH itu tidak mahu langsung untuk menatap wajah kita di akhirat kelak. Nauzubillah. Apakah yang lagi memalukan dan tragis daripada kembali ke tempat Pemilik nya tapi akhirnya dihalau ke tempat yang sehina-hinanya buat selama-lamanya (NERAKA) di mana sedikitpun ALLAH takkan menatap wajahmu dan takkan mungkin lagi ada ar-Rahman dan ar-Rahim Nya untukmu pada ketika itu bilamana sahabat-sahabatmu dan ahli keluargamu yang lain sedang enak menikmati usia muda mereka yang berpanjangan di syurga Nya. Mereka diberi minum dari khamar murni yang tidak memabukkan. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti di jalan Nya benar-benar berada dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan sedangkan orang-orang yang derhaka benar-benar berada dalam neraka . Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan dan mereka tidak mungkin akan keluar dari neraka itu selama-lamanya. Itulah "tempat rehat" bagi mereka buat selama-lamanya, selanjutnya mereka di sana takkan mati dan tidak pula hidup. Maka sungguh beruntunglah orang yang menyucikan dirinya dengan beriman dan mengingati nama Tuhan Nya lalu dia solat dan beribadat kepada Nya."

A: Subhanallah, inilah yang ALLAH Maksudkan dengan ALLAH itu sebaik-baik Pembalas tipu daya apabila orang-orang kafir itu mencipta suatu tipu daya, maka ingatlah bahawa Dia yang di atas itu lebih hebat Membalas segala tipu daya itu jika Dia Mahu. Tapi, manusia tidaklah layak untuk mengatakan bahawa diri mereka dizalimi kerana di dunia, berulang-ulang kali peluang taubat itu terbuka luas untuk mereka tapi salah siapa jika mereka sendiri yang menutup mata dan menyumbat telinga dengan kedua-dua belah tangan ketika peluang itu masih ada. Dan ingatlah bahawasanya ALLAH Maha Penerima Taubat hamba-hamba Nya sehinggalah sebelum saat tibanya sakaratul maut dan sebelum matahari itu terbitnya dari barat. Boleh jadi ia lambat lagi, tapi boleh jadi juga ia akan berlaku beberapa saat sahaja daripada sekarang. Teringat pula saya mengenai suatu hadis, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan di siang hari. Dan Allah membentangkan Tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan pada malam hari"

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, Allah akan menerima taubatnya" (HR. Muslim).
Subhanallah Maha Suci ALLAH yang Mentadbirkan seluruh alam, izinkanlah iman itu meresap masuk ke dalam hati kami semua dan matikanlah kami semua dalam iman..

B: Amin.. InsyaALLAH mudah-mudahan. Oleh sebab itulah, kita sentiasa diingatkan untuk sentiasa perbaharui taubat kita kerana kita mungkin tidak sedar apa yang kita lakukan barangkali juga mengundang Kemungkaran ALLAH. Oleh itu, better late than never. Tapi janganlah bertangguh-tangguh pula, nanti tertinggal train barulah nak kejar pula, tak ke penat macam tu. Kalau ada the next train Alhamdulillah la, tapi kalau that's the last train, macam mana pula? Menganga la nampaknya kawan kita seorang ni.. HAHAHA..
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika melakukan perbuatan dosa, maka akan terjadi titik hitam di dalam kalbunya, jika dia bertaubat dan minta ampun pada Allah, kembali cemerlang hatinya, jika dosanya bertambah, bertambah pula titik hitam tersebut, hingga menutupi hatinya. Itulah `ar-ron' yang disebut oleh Alloh dalam firman-Nya: ?Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka"
(HR. Tirmidzi).

Rasulullah bersabda: "Orang yang bertaubat daripada kesalahan bagaikan orang yang tidak punya dosa"

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: "Taubat itu menghapuskan dosa-dosa yang lalu"

Allah berfirman: "(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): `Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala'
(QS. al-Mukmin 40:7).


Dan Ingatlah bahawasanya jika rasa kita tak mampu untuk berubah, ini janji ALLAH yang sudah PASTI BENAR. Dia akan Menambah kekuatan bagimu sesudah kita berhajatkan untuk kembali ke jalan ALLAH dan bersungguh-sungguh meninggalkan kesalahan lalu
Allah berfirman "Dan (Hud berkata): `Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'"
(Hud. 11:52

No comments:

follow here (:

:: My History ::

>
Daisypath Anniversary tickers
>
Daisypath Anniversary tickers
>
Daisypath Happy Birthday tickers
Pucca In Love