sejenak bersama ustazah :)

Renungan buat sahabat sahabatsaya di blog : -

Pertama : Kita mungkin mampu berlakon di hadapan manusia tetapi mampukah kita berlakon di hadapan Allah swt? Jangan haraplah.

Kedua : Kita mungkin mampu menjadikan lidah kita itu sebagai alat untuk kita menarik perhatian manusia tetapi mampukah kita menguasai lidah kita itu di hadapan Allah swt? Jangan haraplah.

Ketiga : Kita mungkin mampu menjadikan jubah kita, kopiah kita, janggut kita, jilbab kita, sebagai tanda betapa Islamiknya di mata manusia tetapi mampukah semua itu menyelamatkan kita di hadapan Allah swt? Jangan haraplah.

Keempat : Kita mungkin mampu menjadikan darjat dan pangkat kita sebagai suatu perkara yang menjadikan orang lain memuliakan kita di dunia tetapi bergunakah semua itu di hadapan Allah swt? Jangan haraplah.

Kelima : Kita mungkin mampu menjadikan kelulusan kita sebagai penanda aras betapa tingginya darjat kita dan betapa bijaksananya kita tetapi bergunakah semua itu di sisi Allah swt? Jangan haraplah.

Jadi : -

Pertama : Walau siapa pun anda

Kedua : Walau apa sekalipun darjat dan pangkat anda

Ketiga : Walau selabuh mana pun jubah anda

Keempat : Walau selebat mana sekali pun janggut anda

Kelima : Walau selabuh mana pun jilbab anda

Keenam : Walau setinggi mana sekali pun kelulusan anda 

...pandang pandanglah ke bawah kerana kita semua akan tetap masuk lubang kubur dan semua yang di atas itu tidak lagi berguna apabila maut datang menjemput kita pulang.

Jangan sombong dan jangan bodoh sombong kerana semua itu tidak mendatangkan apa apa faedah pun kepada kita.

Berpijaklah di bumi nyata. Dengarilah pandangan pandangan dan carilah pandangan yang terbaik kerana itu adalah sikap orang orang yang diberikan petunjuk oleh Allah swt.

Jangan sesekali syok sendiri kerana itu hanya menutup hati kita daripada cahaya kebenaran.

Muhasabahlah wahai insan.......

No comments:

follow here (:

:: My History ::

>
Daisypath Anniversary tickers
>
Daisypath Anniversary tickers
>
Daisypath Happy Birthday tickers
Pucca In Love