Kehilangan

    Selamat Malam warga blogger yang aku rindui selalu.. Lamaa tak update kat sini, selalu facebook jee manjang. Gila facebooklah katakan. Hmm, entry aku kali ni pasal someone yang aku pernah sayang dulu #maaf ye sayang,if sayang ade terbaca ke .. just untuk ingatan pada masa akan datang jee. Azlan Ithnin, nama yang pernah aku sebut sebut selalu padaa suatu ketika dulu. Orangnya tinggi, baik + romantik gitu.. Tapi satu je sifat dia yang aku kurang berkenan, dia suka mengongkong "life" aku..  Dah menyimpang jauh plak kan dengan tajuk entry aku ni. Sebut pasal kehilangan bukan bermaksud, aku dengan dia dah putus hubungan sementara.. tapi buat selamanya :'( Dia meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang amat mengayat hati.. Seperti Biasalah bagi lelaki yang menginjak masuk ke alam remaja, masing-masing nak merasa semua benda. Niat arwah nak berkonvoi ramai-ramai, tapi kau tak pastilah dorang nak pergi mana kan. Jumaat Malam, pukul 2 lebih dia accident, ape yang teruk bia aku je yang tau :'( time tu sorang pun tak bagitau aku pasal ni. Sabtu tengah hari, my mum yang mesej aku cakap yang arwah accident, kat ICU. Aku pun buat biasa lah walaupun dalam hati ni rasa ape lah yang berlaku kat dia ni. Masa aku pergi tengok dia, hanya Tuhan saja tau betapa berkecainya hati aku tengok keadaan arwah :'( Dengan keadaan menggigil aku datang dekat dia, dan aku tatap muka dia yang ada kesan luka dengan wayar-2 dan salur oksigen yang dipasang di tangan dan mulutnya. Aku teringin sekali memegang tangan dia, tapi aku takut. Lepas beberapa kali aku tatap wajahnya, parents ajak balik . tapi hati aku berat sangat nak tinggalkan diaa. Aku niat nak jaga dia untuk satu malam, tapi aku batalkan je niat aku tu. Lagipun nanti apa kata family dia. Lepas makan, parents ajak g beli barang dapur sikit.. Aku pun ok jelah. Hati aku ni asyiklah tak sedap hati bila terkenangkan si arwah ni. Tak sampai 1jam aku kat sana, makcik aku call cakap yang dia dah meninggal.. Aku dengan hati yang berkecai, dengan tak hiraukan orang ramai aku menangis dan terus menangis.
   
     Esoknya, dengan mata yang bengkak aku ke rumah arwah, untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tapi arwah belum dihantar balik sebab hospital yang uruskan jenazah. Dengan mendengar tahlil dari orang kampung, airmata aku berguguran tanpa henti-henti. Bila terkenangan kembali kenangan yang pernah aku lalui bersama dia, pemandangan aku mula berputar. Aku peluk erat ibuku, seakan mengerti akan kesedihanku ibuku membalas balik pelukan aku. Aku dan keluarga tunggu, walaupun ramai orang kampung yang dah balik.Hampir 2jam lebih barulah aku dengar khabar yang arwah dalam perjalanan, dalam hati aku aku berdoa supaya perjalanan dia ke rumahnya selamat. Sesampainya dia di kampung, jenazahnya dibawa ke surau untuk disembahyangkan dulu barulah dibawa pulang kerumah. Bila dah disembahyangkan, ada makcik ni cakap kita dah tak boleh tengok jenazah lagi. tapi kalau nak tengok bole, tapi sekejap jelah. Ahli keluarganya yang lain dah pergi ke surau, tapi aku duduk menunggu kepulangannya di rumah. Sesampainya van jenazah, aku tak tertahan lagi untuk melihat terus menangis. Sumpah aku cakap, aku memang dah tak kuat untuk tengok.. Mereka mengangkat jenazah masuk kedalam rumah, aku terus ajak angah masuk . Aku takut aku tak dapat nak tengok, dengan izin Allah aku dapat melihat wajahnya sebelum orang yang uruskan jenazah tu tutup balik kain yang membaluti tubuh arwah :'( Aku terasa betapa siksanya dia sewaktu menemui ajal dengan keadaan yang cedera parah. Aku teringat kembali keadaan aku yang pernah juga seperti dia. Untuk pengetahuan korang, katil aku masa accident dulu sebelah arwah je. Mungkin aku dan dia ditakdirkan untuk bersama ketika menghadapi keadaan genting sepeti itu (: Arwah yang memerangkap bekas bf aku dan juga memerangkap kawan baik aku sampai lah dia menghembuskan nafas dia yang terakhir. Aku akan kenang kau sampai aku hilang ingatan (:  

     Ya-Allah, rindunya aku dengan arwah :'(  Mintak maaf kawan-kawan, Bukan niat aku untuk menjaja cerita ini, tapi ini adalah sebagai kenangan yang bakal aku baca dan ingat balik nanti. Aku bagaikan tak percaya dengan ketentuan Ilahi, tapi itulah hakikatnya. Dia pergi meninggalkan aku -.- Aku seakan tidak dapat menerima kenyataan. Sedarlah wahai Hidayah, Azlan sedang berbahagia bersama orang-orang yang seperti dia di alam sana :'(  kita sama-sama doakan arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ~ AL-FATIHAH










1 comment:

Unknown said...

alfatihah :'(
tabah ye dayah..
Allah sygkan dia. doakan dia aman di sana :)

follow here (:

:: My History ::

>
Daisypath Anniversary tickers
>
Daisypath Anniversary tickers
>
Daisypath Happy Birthday tickers
Pucca In Love