Assalamualaikum uolss, Ape khabarkah anda sekalian? Kesihatan akak baru-baru ni terjejas sedikit, batuk.. Jadinyaa elok-elok akak ni suara macam gegurl, da jadi boboyy. Wallaweeh ~ Terus gitu. Habis kelas je tadi terus akak pegi "Guardian" beli Scott's Emulsion ( with Calcium : Orange Flavour)
Scott's Emulsion |
Act, ni laa 1st time akak nak try Scott's ni dikk, semua ni pengaruh dengan member akak laaa nii.. Disamping itu, selain dapat menambahkan kadar kesihatan kita; membina kenaturalan tubuh badan, menghalang jangkitan kuman dan membantu membina kekuatan tulang & gigi.. thee~ tambahan info, Scott's ni bagus untuk mindaa~ Hujung bulan 5 lepas akak habis exam yang lepas, akak terus balik kampung tanpa memberitahu kat uolss :) Ampun yee .(✿◠‿◠)
Sepanjang cuti sem akak ni (sebulan yang lalu) akak habiskan masa dengan sehabis baik . *Acecehh, teruss baik ~ Hahaa. Yelaah, mana taknyaa, lepas cuti je terus tolong cik jenah kat kedai makan, dengan tolong akak spupu+ makcik pakcik kemas rumah & bersiap-siap untuk meraikan kehadiran majlis yang sangat bersejarah bagi orang yang bakal bergelar "Raja Sehari"... Disamping dapat membuat kerja-kerja amal dengan membantu serba sedikit di kenduri kawen, akak dapat mempertingkatkan cara pemanduan akak (bawak kereta) .. Yeayy, dengan berkat raja sehari, akak da mahir daa bawak kereta tuu.. hhihi, memang meriah nok akak bagitau ramai sangat orang.. Dari hari sebelum menjelangnyaa hari bahagia tuu, akak tengok lah mak andam tu naikkan pelamin, "Bila lah turn aku plak ek ?" * start dah berangan aku nii :) hhihi.. malulaaaah~ Akak pun memang tak dapat nak bajet bahawa akak bakal jaga bahagian "candy" je, tapii amek kauu, dengan berkebaya akak kena jalan terkedek-kedek untuk jadi "Penyambut Tetamu" plak.. Sokay, imbalan dari berpanas-panasan dengan ayah akak yang jadi penyambut tetamu( Khas untuk yang lelaki sahaja ye) habis peluh merebak, satu badan pulak tu . Takpeelah..
Akak tak kisah pun,tapi disebalik majlis yang bahagia itu (akak pun turut bahagia) ade jugak "mulot longkang" yang kaata akak ni tak buat kerja, tau ,melayan jantan( kasar bahasa makcik, kalau kau cakap depan-depan aku, habis tebal muka kau aku maki) Ceit! Pengapit punya pasal aku pun terus disabitkan kesalahan.. Ini tiak adil ! Salah ke kalau akak nak jemput kawan-kawan akak ? Anak kau, kau tak amek kira plak kan ? Grr, dalam senyum-senyum ni takde siapa pun yang tahu yang hati akak tengah sedih & basah dah dek kena air mata hati. Aicehh ~ Sokaylaa, akak da lupakan daah semua tu, tapi bila "MakCik" tu ade depan mato akak, akak malas dah nak pandang ~ Sudah-sudahlaah, akak malas nak cakap banyak, buat dosa je kan.. Bek akak post pic time Hari Persandingan tuu .. dapat jugak korang tengok-tengok sambil belek kan *hishh, ingat baju ke nak dibuat belek :P
*nak tengok klik sinii jelaa :) Size besar, takleh masuk ..
tu lepas dah pasal akak sepupu kawen , tiba masanya akak kerja seperti biasa kat kedai jenah.. hhihii.. Terpaksa akak berkorban tidur pagi akak, tapi kadang kadang akak terbabas jugak *ponteng.. Nasib baik cik jenny tak marah akak tau, jadi takdelah akak amek kesempatan untuk ponteng kerja jee.. Yang peliknya, mak ayah akak yang risau, akak ? Rilekss binti buat 'donno' jee..
Grr, seminggu lepas majlis belah perempuan( akak spupu) tibalah plak belah lelaki( abang spupu ipar) yang bertempat di Bukit Rakit, Kuala Terengganu.. Jenuh nak pergi sana (KT) dari kediaman akak ( Bukit Asahan Village)..Perjalanan yang mengambil masa hampir 10jam lebih itu buat pinggang akak nak patah dik.. Even penat/keletihan, akak tetap enjoy bila perjalanan kesana menghidangkan akak suasana pantai/laut yang bisa buatkan akak sejuk hati dan tenang.
Malam tu, setibanya kat rumah pakcik abang spupu ipar tu, masing-masing turunkan beg dan bergegas unutk membersihkan diri. Almaklumlah, hampir seharian akak tak mandi, melekitla kan . hhihi.. Selama 3 hari 2 malam akak/kami berkampung, akak dapat rasakan kelainan kampung tu dengan kampung akak, dari segi majlis ataupun kenduri dia, dari segi aturan (pelamin takde, meja untuk tetamu takde.. Hanya diberi kerusi sahaja) memangnpelik, tapi ini adalah suatu pengalaman yang bagus untuk akak.. Yang lebih menggembirakan akak adelah bila akak dapat bersemuka dengan adik akak, Adyka .. Alhamdulillah, dia sanggup datang jugak.. Lepas majlis selesai, akak ajak adik betol akak, adik dyka and khai(anak angkat ayah) pergi pantai. Pergi punya pergi, dengan baju tidak bertukar ( Kebetulan time tu pakai kemeja+ jeans) akak terjah terus pantai tuu.. Jadi jakun kejap . Hhahaaa. yelaa, tempat akak ade air kolam jee, xde pantai.. *hhish, cakap macam pandai berenang je kan, kenyataannya "Akak memang tak reti nak berenang" Hahhaa.. Okay,yang tak nak mandi adik akak yang dyka tu.. Almaklumlah, rumah dekat je ngan pantai, hari-hari pun boleh daatang mandi.hmm,jangan tak percaya kami semua berendam hampir 3jam beb . Air dah nak pasang baru reti nak naik. Akak gerenti sape yang pegi KT konpem tanak balik.. Balik je dari KT, akak naik KL terus.. Sampaii je terus on lappy, nak tengok result. Alhamdulillah, all PASS *pointer tidak diboleh disebarkan.. Syukur~
Sekarang akak nak kena habiskan short sem ni, cuti tinggal berapa minggu jee. tak puas okay .. Tapi takpe, demi nak habiskan cepat,
Terpaksa mengharungi dunia short sem dalam waktu cuti sem (habis cuti aku!) Seram sehh ! 2minggu je belajau, kena catchup bebetol ! Doakan akak berjaya yee ..Okaylah adik-adik,
Sampaii jumpa lagii, bubyee~ Assalamualaikum \_(ツ)_/¯
*maaf kalau ade bahasa baku/ terkasar bahasa/ tersalah perkataan.. terimalah sedikit pantun daripada saya :
Baling gelas kena cermin,
Sudah baca harap komen . kihkihkih
No comments:
Post a Comment